The Times
Date
Conversation
The Memories


Nostalgia Kita
Visitor

free counters

Masihkah kita ingat??
April 2, 2009
10 Pesanan

1. Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekali pun.

2. Bacalah al-Qur'an, tatapilah buku-buku, pergilah mendengar perkara-perkara yang baik, amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.

3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring adalah resmi yang sia-sia dan boleh menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam sesebuah pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Ikhwan Muslimin yang ditemui walaupun dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya… asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada; oleh itu tolonglah saudaramu agar mereka dapat menggunakan masa dengan berfaedah; dan jika anda mempunyai tugas sendiri,
ringkaskanlah pelaksanaannya.
____________________________________________________________________

Assalamua'laikum wa rahmatullah,

Sahabat sekalian adakah kita ingat akan 10 pesanan ini?? Agak2 sahabatlah ye, dimanakah kita berjumpa dengan 10 nasihat ini.. Tentu kalian tidak pernah lupakan, kerana sejak hari pertama kita di kelas tingkatan 1 MMI lagi kita sudah berjumpa dengan nasihat ini.. dan nasihat-nasihat ini senantiasa bersama kita apabila masuk ke tingkatan 2,3,4,5 seterusnya STAM.

Kepada yang mungkin sedikit lupa, saya ingatkan kembali.. 10 nasihat ini sentiasa ada dibelakang buku tulis @ buku latihan yang MMI bt9, kalau tak percaya boleh periksa balik, kalau tak betol bagitau saya ye.. hehehe.. tak tahulah kalau sekarang ni dah takde..

Apa-apa pun 10 nasihat ini telah bersama kita sekitar 5 dan 6 tahun, jadi janganlah kita sia-siakan ia dan biarkan ia sebagai kenangan @ nostalgia lama. Kerana ia bukanlah sebarang nasihat malah ia adalah nasihat dari Al-Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna, seorang Imam yang membawa revolusi Mesir malah berkembang ke seluruh pelusuk dunia.

Wallahu 'alam...




Labels:

posted by EX-MMI.bt9 @ Thursday, April 02, 2009  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
Identity

Name: EX-MMI.bt9
Adress: changkat jering,Taiping, Perak, Malaysia
About Us:
M.M.I DIHATI


Pertemuan kita di suatu hari Menitikkan ukhuwah yang sejati Bersyukurku kehadap Illahi Di atas jalinan yang suci Namun kini perpisahan yang terjadi Dugaan yang menimpa diri Bersabarlah diatas suratan Kutetap pergi jua Kan kuutuskan salam ingatanku Dalam doa kudusku sepanjang waktu Ya Alloh bantulah hamba-Mu Mencari hidayah dari pada-Mu Dalam mendidikan kesabaranku Ya Alloh tabahkan hati hamba-Mu Diatas perpisahan ini Teman betapa pilunya hatiku Menghadapi perpisahan ini Pahit manis perjuangan Telah kita rasa bersama Semoga Allah meredhoi Persahabatan dan perpisahan ini Teruskan perjuangan Kan kuutuskan salam ingatanku Dalam doa kudusku sepanjang waktu Ya Alloh bantulah hamba-Mu Senyuman yang tersirat di bibirmu Menjadi ingatan setiap waktu Tanda kemesraan bersimpul padu Kenangku di dalam doamu Semoga... Tuhan berkatimu

Previous Post
Archives
Links
Islamic Links

Carian Islamic
Kata:
Powered by

BLOGGER

© 2006 Belajar Dan Berakhlak .Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Car Pictures