Hai kak yong bawah ni, blog ni untuk cite fasal MMI family, ni dia g cite fasal family dia plak, haddoi!!.. x pe la kurang2 ade la gak update blog ni..
Hari demi hari , bulan demi bulan telah pun berlalu. Kita yang pernah menjadi anak didik MMI pula makin dewasa dan mengikut rentak kehidupan masing2. So TAHNIAH kepada kita semua, apa yang penting jalanilah kehidupan kita di muka bumi Allah S.W.T ini dengan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.. Manapun kita pergi, ingatlah hukum Allah tetap ada bersama.
Kecewa Guru-Guru yang mendidik kita, kalau apa yang mereka ajarkan dulu kita abaikan terus.. Sudahlah MMI bt9 tidak diziarah, pelajaran yang diterima pula ditinggalkan. Bukankah itu sia-sia.. Apa yang kita terima di MMI dulu tak dapat ingat semua, janganlah tinggal semua ye..
Dan kepada mereka-mereka yang bakal ke "alam rumahtangga". Syabas dan tahniah diucapkan. Dihadapan nanti perlu dihadapi dengan sebaik mungkin, ilmu-ilmu yg dipelajari di MMI dulu mungkin sedikit sebanyak akan membantu dalam menguruskan rumahtangga. Nanti bila dah dapat zuriatnya, jangan lupa MMI.. Bolehlah mewarisi didikan MMI.
P/s: Jangan lupa hantar kad jemputan kahwin kat blog ni, boleh kami iklankan..
Dan kepada mereka yang telah selesai menamatkan pengajian seperti di Universiti Al-Azhar, (alhamdulillah, tahun ni exMMI mempunyai 4 org graduan dari Al-Azhar University), UKM, USIM, UM, yang di Indonesia dan memana lagi (kot-kot ade..) Moga apa yang dipelajari diamalkan dan disampai dan dikongsikan kepada masyarakat sebaik mungkin.
Terakhirnya, tahniah kepada mereka yang menjayakan program reunion ExMMI, kepada mereka yang hadir syabas dan tahniah kerana memberi kerjasama, dan kepada mereka yang tidak hadir syabas dan tahniah juga atas alasan anda, dan kepada mereka yang tidak sampai maklumat-maklumat program, jutaan kemaafan dipohon, (lagi pun sape suruh korang tak contact member2 lama. hehehe).
Post a Comment