The Times
Date
Conversation
The Memories


Nostalgia Kita
Visitor

free counters

Masihkah kita ingat??
April 2, 2009
10 Pesanan

1. Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekali pun.

2. Bacalah al-Qur'an, tatapilah buku-buku, pergilah mendengar perkara-perkara yang baik, amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.

3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring adalah resmi yang sia-sia dan boleh menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam sesebuah pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Ikhwan Muslimin yang ditemui walaupun dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya… asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada; oleh itu tolonglah saudaramu agar mereka dapat menggunakan masa dengan berfaedah; dan jika anda mempunyai tugas sendiri,
ringkaskanlah pelaksanaannya.
____________________________________________________________________

Assalamua'laikum wa rahmatullah,

Sahabat sekalian adakah kita ingat akan 10 pesanan ini?? Agak2 sahabatlah ye, dimanakah kita berjumpa dengan 10 nasihat ini.. Tentu kalian tidak pernah lupakan, kerana sejak hari pertama kita di kelas tingkatan 1 MMI lagi kita sudah berjumpa dengan nasihat ini.. dan nasihat-nasihat ini senantiasa bersama kita apabila masuk ke tingkatan 2,3,4,5 seterusnya STAM.

Kepada yang mungkin sedikit lupa, saya ingatkan kembali.. 10 nasihat ini sentiasa ada dibelakang buku tulis @ buku latihan yang MMI bt9, kalau tak percaya boleh periksa balik, kalau tak betol bagitau saya ye.. hehehe.. tak tahulah kalau sekarang ni dah takde..

Apa-apa pun 10 nasihat ini telah bersama kita sekitar 5 dan 6 tahun, jadi janganlah kita sia-siakan ia dan biarkan ia sebagai kenangan @ nostalgia lama. Kerana ia bukanlah sebarang nasihat malah ia adalah nasihat dari Al-Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna, seorang Imam yang membawa revolusi Mesir malah berkembang ke seluruh pelusuk dunia.

Wallahu 'alam...




Labels:

posted by EX-MMI.bt9 @ Thursday, April 02, 2009   0 comments
Pengisian Blog
April 1, 2009


Kepada warga Ex-MMI,


Jikalau anda ingin mengisi @ meng'upload'kan gambar @ apa2 cerita @ artikel mengenai nostalgia MMI bt9 ke dalam blog ini, yang pastinya ia mestilah berkaitan dgn MMI bt9...Anda bolehlah emailkan sebarang gambar @ cerita @ artikel @ apa2 yang berkenaan di email address:

[ exmmibt9@yahoo.com ]

@

[ exmmibt9@gmail.com ]


P/s >
Apa yang pasti kiriman anda tidak berbaur lucah, kata2 kotor @ kesat dan sebagainya. Demi menjaga keperibadian kita sebagai seorang muslim yang mu'min lagi muttaqin. Dan Juga menjaga nama baik MMI bt9.
Dan jika terdapat sebarang artikel seperti yang dimaksudkan berkemungkinan ianya akan dihumbankan ke dalam tong sampah @ berkemungkinan ia akan ditapis terlebih dahulu (itupun kalau bernasib baik) oleh lembaga penapisan Ex-MMI blog seperti yang digembar gemburkan..

Harap Maklum,

Sekian wabillahit taufik wal hidayah, Assalamua'laikum wa rahmahmatullah.

Labels:

posted by EX-MMI.bt9 @ Wednesday, April 01, 2009   0 comments
Ex-MMI Plan
2010

DIJANGKA Ex-MMI
GEGAR!!!
MAAHAD AL-MAARIF AL-ISLAMIAH

We Wanna The Maker!!

INSYA'ALLAHU TA'ALA

Labels:

posted by EX-MMI.bt9 @ Wednesday, April 01, 2009   4 comments
Batch SPM 2002 _ Reunion 2004
KAMI ANAK-ANAK WALID, KAMU BUKTIKAN LA...



MUKA-MUKA SEMANGAT, DATANG AWAL...



ORANG LAIN DAH HABIS MELANTAK, DIORANG NI TAK HABIS2 LAGI..

Labels:

posted by EX-MMI.bt9 @ Wednesday, April 01, 2009   0 comments
Lambaian Kasih
Assalamualaikum wa Rahmatullah,

Sudah pasti kemunculan blog ini merupakan titik permulaan bagi kita warga Ex MMI untuk kembali mengenangkan budi para pembimbing kita yang selama ini kita lupakan. Munculnya page ini bukan sekadar untuk mengenangkan nostalgia-nostalgia lama yang mungkin dianggap indah, malah diharap insyaAllah dapat menggerakkan hati-hati kita yang kini kian pergi jauh meninggalkan bumi MMI untuk ringankan hayunan kaki-kaki kita ke pagar MMI yang mana di dalamnya terdapat mereka2 yang di wajahnya terpalit seribu satu kerinduan terhadap kita..

Tiada apa untungnya mereka, jika kita melupakan mereka. Tetapi sejauh manakah kita sanggup menjadi kacang yang melupakan kulit. Tidak mengapalah kerana itu kacang, sedang kita ini manusia yang diberikan akal yang sempurna malangnya langsung tidak kenal erti mengenang budi.

Ketahuilah pagar MMI senantiasa terbuka luas untuk kita yang pernah menjalani kehidupan sebagai warga MMI. Di dalamnya, tangan-tangan kasih seolah-olah terdepa serta melambai-melambai mengharapkan anak didik mereka kembali menjenguk walaupun untuk sekejap. Riak wajah mereka akan tergambar sebuah kegembiraan bilamana anak-anak didiknya mengenang budi walaupun mereka tiada memintanya..

Labels:

posted by EX-MMI.bt9 @ Wednesday, April 01, 2009   0 comments
Identity

Name: EX-MMI.bt9
Adress: changkat jering,Taiping, Perak, Malaysia
About Us:
M.M.I DIHATI


Pertemuan kita di suatu hari Menitikkan ukhuwah yang sejati Bersyukurku kehadap Illahi Di atas jalinan yang suci Namun kini perpisahan yang terjadi Dugaan yang menimpa diri Bersabarlah diatas suratan Kutetap pergi jua Kan kuutuskan salam ingatanku Dalam doa kudusku sepanjang waktu Ya Alloh bantulah hamba-Mu Mencari hidayah dari pada-Mu Dalam mendidikan kesabaranku Ya Alloh tabahkan hati hamba-Mu Diatas perpisahan ini Teman betapa pilunya hatiku Menghadapi perpisahan ini Pahit manis perjuangan Telah kita rasa bersama Semoga Allah meredhoi Persahabatan dan perpisahan ini Teruskan perjuangan Kan kuutuskan salam ingatanku Dalam doa kudusku sepanjang waktu Ya Alloh bantulah hamba-Mu Senyuman yang tersirat di bibirmu Menjadi ingatan setiap waktu Tanda kemesraan bersimpul padu Kenangku di dalam doamu Semoga... Tuhan berkatimu

Previous Post
Archives
Links
Islamic Links

Carian Islamic
Kata:
Powered by

BLOGGER

© 2006 Belajar Dan Berakhlak .Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Car Pictures